SOP & Panduan Tugasan TOTIQ
Panduan penyediaan, penyusunan, submission dan semakan tugasan peserta TOTIQ.
Pastikan setiap tugasan diletakkan di tempat yang betul dan mengikut format yang telah ditetapkan.
Gunakan folder ini untuk mendapatkan template BDQ, SKDA dan HTE.
Buka Folder Semua Kanvas TOTIQStruktur & Folder Submission Tugasan
Setiap peserta mempunyai 4 elemen tugasan:
Langkah 1 — Create Folder Peribadi
Folder Google Drive disediakan mengikut kumpulan trainer. Setiap peserta perlu create satu folder peribadi di dalam folder kumpulan masing-masing.
Format nama folder:
[BELT] NAMA PENUH
Contoh: [BLACK BELT] SITI MARIAM BINTI ABU
Contoh penamaan folder peserta
Langkah 2 — Create Subfolder Tugasan
Di dalam folder peribadi, create 3 subfolder berikut:
Untuk submission Kanvas BDQ.
Untuk submission Kanvas SKDA.
Untuk submission Kanvas HTE.
Tugasan Media Sosial dibuat secara berkumpulan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam folder BDQ, SKDA atau HTE.
Kanvas BDQ
Rupa Kanvas BDQ Versi 2.0
Rujukan visual kanvas rasmi. Besarkan imej untuk membaca arahan dalam setiap petak.
Peserta boleh menyediakan Kanvas BDQ menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan:
Isi terus pada fail PDF yang boleh diedit.
Gunakan fail kerja yang disediakan.
Gunakan format sheet atau spreadsheet yang disediakan.
Penting: Walau apa pun kaedah yang digunakan untuk menyediakan kanvas, hasil akhir submission perlu memenuhi format dan keperluan tugasan yang ditetapkan.
Template rasmi BDQ boleh didapati melalui Folder Rasmi Semua Kanvas TOTIQ di bahagian atas halaman ini.
Cara Menjawab Kanvas BDQ
Setiap kolum dan row dalam Kanvas BDQ mempunyai hubungan antara satu sama lain. Pengisian perlu dibuat mengikut struktur dan perkaitan yang telah ditetapkan.
Pilih 1 Kolum
Peserta boleh memilih salah satu daripada: Allah, Ibadah atau Sirath.
Setelah memilih kolum, semua row dalam kolum tersebut perlu dilengkapkan mengikut struktur kanvas.
Lengkapkan 3 Kolum
Peserta boleh melengkapkan ketiga-tiga kolum: Allah + Ibadah + Sirath.
Pengisian perlu mengikuti row yang berkaitan dan mempunyai perkaitan yang jelas antara jawapan.
Pilih sekurang-kurangnya satu kolum untuk dijawab dan lengkapkan semua row dalam kolum tersebut.
Setiap jawapan perlu mengikut hubungan antara row dan kolum supaya struktur kanvas tidak menjadi lompang atau berselerak.
Mengisi beberapa bahagian sahaja tetapi meninggalkan row lain dalam kolum yang dipilih kosong tidak memenuhi struktur minimum.
Jawapan yang bertabur di kolum yang berbeza tanpa mengikuti hubungan row juga tidak memenuhi struktur yang ditetapkan.
Panduan struktur pengisian Kanvas BDQ
Pastikan pengisian kanvas mengikut struktur yang telah digariskan supaya kanvas dapat dinilai dengan baik.
Kanvas SKDA — Panduan Pengisian
SKDA ialah kanvas penyelesaian masalah berpandukan Al-Quran. Kanvas rasmi mengandungi 7 langkah untuk membimbing proses mencari penyelesaian masalah secara berstruktur.
Rupa Kanvas SKDA
Kanvas rasmi SKDA — rujuk nombor pada setiap ruang.
Pilih kaedah carian
Bahagian 1–3 ialah tiga pilihan kaedah carian, bukannya tiga langkah yang semuanya perlu dibuat. Pilih salah satu dan kemudian teruskan bahagian 4–7 pada template rasmi.
Keyword
Carian berdasarkan kata kunci.
Category
Carian berdasarkan kategori.
Concept
Carian berdasarkan konsep.
Bahagian seterusnya
- Cabaran / Masalah dan Segmen — nyatakan perkara yang dikaji pada ruang tengah kanvas.
- 4. Synopsis (Sinopsis) — gunakan ruang sinopsis seperti yang diarahkan dalam template.
- 5. Tadabbur Tazakkur — isi tadabbur dan tazakkur bagi ayat berkaitan mengikut soalan pada kanvas.
- 6. Design (Reka Bentuk) — gunakan struktur dan rajah heksagon asal dalam template; jangan gantikan dengan reka bentuk rekaan sendiri.
- 7. Improve (Penambahbaikan) — jawab soalan penambahbaikan yang disediakan dalam ruang ini.
Gunakan template SKDA rasmi daripada TOTIQ Hub, pilih satu kolum carian, kemudian isi bahagian-bahagian kanvas mengikut tujuh langkah yang tertera pada template tersebut. Pastikan setiap jawapan saling berkaitan dengan masalah yang dikaji.
Nota visual: Peserta menggunakan petak dan susunan pada template kanvas rasmi. Tidak perlu melukis semula kanvas sendiri; jika ingin menulis secara manual, kekalkan struktur template asal. Tiada syarat lukisan atau ilustrasi tambahan dinyatakan dalam bahan rujukan yang disemak.
Format Submission Kanvas
Untuk tugasan BDQ, SKDA dan HTE:
Nama fail hendaklah mengikut format berikut:
Kanvas [nombor], Level [level], ayat [ayat]
Contoh:
Kanvas 10, Level 6, ayat 56:10
Pastikan maklumat kanvas, level dan ayat ditulis dengan jelas supaya kanvas mudah dikenal pasti dan mengelakkan pertindihan submission.
Jumlah & Pembahagian Kanvas Mengikut Belt
Jumlah keseluruhan Kanvas BDQ ialah 60 kanvas bagi setiap Belt. Pembahagian dibuat dengan prinsip 70% fokus kepada level utama Belt dan 30% merangkumi semua level L1–L8.
| Belt | L1 | L2 | L3 | L4 | L5 | L6 | L7 | L8 | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 🟡 Yellow | 21 | 21 | 3 | 3 | 3 | 3 | 3 | 3 | 60 |
| 🔴 Red | 4 | 4 | 14 | 14 | 14 | 4 | 3 | 3 | 60 |
| âš« Black | 4 | 4 | 4 | 3 | 3 | 14 | 14 | 14 | 60 |
Setiap level L1 hingga L8 perlu mempunyai submission. Jumlah 42 kanvas merupakan fokus utama mengikut Belt, manakala baki 18 kanvas memastikan semua level turut diwakili.
Kanvas HTE — Panduan Lengkap
HTE ialah salah satu tugasan kanvas yang perlu disediakan oleh peserta mengikut keperluan Belt masing-masing. Bahagian ini menjadi rujukan lengkap untuk penyediaan dan submission HTE.
Apa itu HTE?
HTE Worksheet rasmi — susunan lapisan S → E → I → P dari atas ke bawah.
HTE (Heaven to Earth Framework) ialah kanvas inovasi berpaksikan wahyu. Ia membantu kita menurunkan nilai dari langit (wahyu Allah) kepada bumi (realiti kehidupan) melalui kerangka SEIP.
Dalam HTE Worksheet rasmi, setiap dimensi SEIP mempunyai ruang pengisian dengan contoh skop yang lebih terperinci:
S — Spiritual (Rohani)
Ruang worksheet: Quran & Sunnah. Kenal pasti ayat Al-Quran atau hadis yang menjadi asas kanvas.
E — Emotional (Emosi)
Ruang worksheet: Values, Attitude, Habits, Culture. Kenal pasti nilai, sikap, tabiat atau budaya yang dibentuk melalui kefahaman daripada wahyu tersebut.
I — Intellectual (Intelektual)
Ruang worksheet: Knowledge, Skills, Aptitude, Science, Thinking Tools, System. Hubungkan nilai tersebut dengan ilmu, kemahiran, keupayaan, sains, alat berfikir atau sistem yang berkaitan.
P — Physical (Fizikal)
Ruang worksheet: Innovation, Technology, Products, Platform, Figure. Bentukkan cadangan inovasi, teknologi, produk, platform atau figura yang membawa kefahaman itu kepada realiti kehidupan.
HTE Basic
HTE Basic digunakan untuk tahap asas dan melibatkan Level 1–2.
Peserta perlu membina HTE dengan mengikuti struktur S / E / I / P dan memastikan setiap bahagian mempunyai perkaitan yang jelas dengan ayat serta kefahaman yang hendak dibina.
HTE Advance
HTE Advance digunakan untuk tahap lanjutan dan melibatkan Level 3–8.
Penyediaan HTE Advance menghubungkan komponen S, E, I dan P kepada projek kajian dan cadangan inovasi praktikal.
Keperluan HTE Mengikut Belt
| Belt | Keperluan HTE | Fokus |
|---|---|---|
| 🟡 Yellow Belt | Tiada HTE | — |
| 🔴 Red Belt | 5 HTE Basic | Basic: L1–L2 |
| ⚫ Black Belt | 5 HTE Basic + 5 HTE Advance | Basic: L1–L2 / Advance: L3–L8 |
Pastikan hubungan antara S → E → I → P jelas dan tidak dibuat secara terpisah-pisah. Setiap bahagian perlu membantu membina satu aliran kefahaman yang lengkap daripada ayat kepada penerapan.
Gunakan HTE Worksheet rasmi dan isi komponen yang disediakan. Empat kotak S, E, I dan P ialah struktur kanvas, bukannya arahan untuk menghasilkan empat lukisan.
HTE bukan sekadar mengisi setiap bahagian. Pastikan jawapan mempunyai kaitan yang jelas, munasabah dan menunjukkan kefahaman yang ingin dibina melalui ayat tersebut.
Semakan Tugasan
Selepas submission dibuat, tugasan akan melalui proses semakan oleh pihak penyemak.
Semakan akhir dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak TOTIQ, termasuk struktur kanvas, minimum pengisian, ketepatan kefahaman dan keperluan ilmu peserta.
Keputusan akhir sesuatu kanvas ditentukan oleh pihak penyemak, bukan semata-mata berdasarkan jumlah pengisian atau kewujudan laporan.
Tidak semua peserta akan mempunyai folder Laporan Penandaan BDQ. Kewujudan laporan tersebut bergantung kepada proses sistem dan penyediaan laporan bagi tugasan berkenaan.
Peserta tidak perlu bergantung kepada kewujudan laporan untuk mengetahui sama ada kanvas telah selesai disemak.
Penanda utama bahawa sesuatu kanvas telah selesai melalui semakan akhir ialah penukaran nama fail oleh pihak penyemak.
BDQ L6 Siti Mariam Binti Abu.pdf
[DISEMAK L] BDQ L6 Siti Mariam Binti Abu.pdf
[DISEMAK TL] BDQ L6 Siti Mariam Binti Abu.pdf
[DISEMAK TL] bermaksud kanvas telah selesai disemak tetapi masih tidak lulus dan memerlukan pembetulan atau tindakan lanjut.
Penyemak akan memberikan arahan pembetulan terus pada kanvas yang telah disemak.
Penyemak akan meletakkan highlight pada bahagian yang perlu diberi perhatian dan meninggalkan komen sebagai panduan pembetulan.
Sila buka kanvas yang telah disemak dan semak highlight serta komen daripada penyemak sebelum membuat pembetulan.
Contoh highlight dan komen penyemak pada kanvas
Sekiranya terdapat perkara yang perlu diperbaiki, sila ikuti arahan pembetulan yang diberikan oleh penyemak dan submit semula jika diperlukan.
Tugasan Media Sosial — Berkumpulan
Setiap kumpulan perlu menyiapkan sebanyak 300 posting.
Hashtag rasmi:
#totiq5 #yayasanummimalaysia
Platform yang boleh digunakan
Pastikan akaun dan posting yang digunakan untuk tugasan tidak private supaya pihak urusetia boleh melihat dan membuat semakan.
Elakkan Friends Only, Close Friends atau sebarang tetapan yang menghalang pihak urusetia daripada melihat posting.
Format setiap posting
Posting boleh dibuat dalam bentuk teks, gambar atau video.
Perkongsian ke pelbagai platform
Satu kandungan boleh dikongsikan ke mana-mana jumlah platform yang berbeza tanpa had.
Setiap perkongsian pada platform yang berbeza dikira sebagai 1 posting / 1 link.
Contoh: satu kandungan dikongsikan di Facebook, Instagram dan TikTok = 3 posting / 3 link.
Checklist Sebelum Submit
- Folder peribadi telah dibuat
- Nama folder mengikut format
- Subfolder BDQ / SKDA / HTE telah dibuat
- Menggunakan template kanvas rasmi
- Minimum requirement dipenuhi
- BDQ: memilih sekurang-kurangnya 1 kolum (Allah / Ibadah / Sirath)
- BDQ: semua row dalam kolum yang dipilih telah dilengkapkan
- BDQ: kolum dan row dijawab mengikut struktur
- BDQ: hubungan antara jawapan mengikut row adalah jelas
- SKDA: satu kolum carian dipilih dan 7 langkah diikuti mengikut template rasmi
- HTE: komponen S / E / I / P diisi mengikut worksheet rasmi (jika berkenaan)
- Tiada struktur kanvas yang rongak atau berselerak
- Keperluan 70% fokus level utama mengikut Belt dipenuhi
- Baki 30% kanvas boleh terdiri daripada semua level
- Keperluan HTE mengikut Belt dipenuhi (jika berkenaan)
- Submission mengikut turutan level
- Kanvas disimpan sebagai PDF final
- Nama fail jelas
- PDF dimasukkan ke folder yang betul
- Posting media sosial ditetapkan kepada PUBLIC