PROGRAM YAYASAN UMMI MALAYSIA

Menggerakkan pendidikan Al-Quran, tadabbur dan pembangunan ummah melalui program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

4 program utama kami

01.

TOTIQ

Training of Trainers Interaksi Quran
Bukan sekadar satu kursus, tapi program yang membangunkan individu agar mampu membawa pendekatan interaksi dengan Al-Quran kepada masyarakat.
Fokus:
Interaksi bersama Al-Quran
Kefahaman dan penghayatan
Latihan dan pembangunan peserta
Melahirkan tenaga penggerak Al-Quran

02.

Tadabbur Tour

Mendekati Al-Quran melalui perjalanan dan pengalaman.
Tadabbur Tour membawa peserta keluar daripada suasana pembelajaran biasa untuk melihat, menghayati dan mengambil ibrah melalui perjalanan.
Terdiri daripada:
Overseas — perjalanan tadabbur ke destinasi luar negara
Malaysia — siri tadabbur mengikut zon, lokasi dan tema.

03.

Wakafpreneur Empowerment Program

YWE – Wakafprenuer
Inisiatif yang menghubungkan konsep wakaf dengan keusahawanan bagi membuka ruang kepada pembangunan ekonomi yang memberi manfaat lebih luas kepada masyarakat.
Wakafprenuer menjadi salah satu inisiatif di bawah YWE.

04.

QCTC

Quran Cover to Cover
Sebuah inisiatif pembelajaran Al-Quran yang membawa peserta melalui perjalanan membaca, memahami dan menghayati Al-Quran secara menyeluruh — dari awal hingga akhir.
Program ini memberi penekanan kepada pembelajaran yang konsisten dan berstruktur agar hubungan peserta dengan Al-Quran dapat dibina secara berterusan.

Belajar. Tadabbur. Menghayati. Berkongsi.

SATU MATLAMAT, PELBAGAI PENDEKATAN

Setiap program Yayasan Ummi Malaysia mempunyai pendekatan dan sasaran yang berbeza, namun semuanya bergerak ke arah matlamat yang sama — mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran dan membina insan yang mampu memberi manfaat kepada ummah.

Scroll to Top