Fitrah & Entrepreneurial Empowerment (FEE), yang sebelum ini dikenali sebagai Wakafpreneur Empowerment Program (yWE), merupakan program pembangunan diri dan keusahawanan berteraskan Al-Quran anjuran Yayasan Ummi Malaysia (YUM).
Program ini membimbing peserta untuk mengenali potensi dan fitrah diri, membina pemikiran serta strategi keusahawanan, dan mengembangkan usaha yang berpandukan nilai Al-Quran.
Pendaftaran FEE Batch 2 kini dibuka bagi sesi Januari hingga Jun 2027.
Sepanjang program, peserta akan mengikuti pembelajaran dan bimbingan yang merangkumi pembangunan diri, pemikiran keusahawanan, strategi perniagaan, jaringan komuniti, wakaf serta pembinaan legasi yang bermanfaat.
Tempoh Program: Januari – Jun 2027
Format: Kelas fizikal, tadabbur Al-Quran, tugasan, latihan praktikal dan sesi coaching.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengisian program, jadual pembelajaran, yuran dan pendaftaran, sila daftar link di bawah:
https://yayasanummimalaysia.onpay.my/order/form/fee




